Acara Kluster COVID-19 Jemaah Tabligh 2020 di Malaysia

Antara 27 Februari hingga 1 Mac 2020, gerakan Jemaah Tabligh telah menganjurkan persidangan antarabangsa di Masjid Jamek Sri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur di Malaysia.[9] Perhimpunan agama tersebut dihadiri oleh kira-kira 16,000 orang peserta (hanya 12,500 orang peserta yang didakwa hadir oleh Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia)[10], termasuk kira-kira 1,500 orang peserta dari luar Malaysia. Para peserta berkongsi makanan, duduk bersama, dan berpegangan tangan ketika acara tersebut. Menurut para peserta, para pemimpin acara tersebut tidak menyebut pun tentang langkah berjaga-jaga daripada jangkitan COVID-19, tetapi kebanyakan peserta mencuci tangan semasa acara tersebut. Pihak berkuasa Malaysia telah dikritik kerana membiarkan acara itu diteruskan.[11]

Rujukan

WikiPedia: Kluster COVID-19 Jemaah Tabligh 2020 di Malaysia //doi.org/10.1016%2Fj.ijid.2020.10.027 //doi.org/10.1093%2Fjtm%2Ftaaa059 //www.worldcat.org/issn/1201-9712 https://www.abc.net.au/news/2020-03-19/coronavirus... https://kpkesihatan.com/2020/07/08/kenyataan-akhba... https://www.malaysiakini.com/news/516015 https://www.nytimes.com/2020/03/20/world/asia/coro... https://academic.oup.com/jtm/article/27/3/taaa059/... https://uk.reuters.com/article/uk-health-coronavir... https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/...